Catatan

Bahagian 1: Rilek Dan Santai Dengar Radio Di Rumah Pun Boleh dapat Duit (Review Mode Earn App)

Imej
Bahagian 1: Rilek Dan Santai Dengar Radio Di Rumah Pun Boleh dapat Duit (Review Mode Earn App) Seiring masa beredar kehidupan yang dilalui saban hari juga semakin mencabar dan tidak sedikit liku-liku kewangan yang perlu dihadapi. Benarlah kata pepatah orang dahulu kala, "semakin besar periuk, semakin besarlah pula keraknya" . Pepatah melayu ini sangat sesuai untuk menggambarkan realiti yang berlaku dalam masyarakat kita pada zaman sekarang.  Pernahkah anda menyaksikan atau pun mendengar keluhan ramai orang yang mengatakan, tak cukup duit! Sentiasa tak cukup duit? Semasa mula bekerja dahulu dapat gaji bersih seribu ringgit kata tak cukup. Setelah beberapa tahun bekerja dan gaji pun telah naik jadi lima ribu ringgit sebulan, tetap mengatakan duit tak cukup. Apa sudah jadi?  Dan Bila Tak Cukup Duit Apa Pula Yang Di lakukan? Bila sudah merasakan diri tidak cukup duit, mulalah tercari-cari kerja partime untuk menampal perbelanjaan yang bocor. Semua ini harus dilakukan secara rela...

Cuti Deepavali 2022: Masa Bersama Keluarga & Budaya Malaysia yang Mengharmonikan

Imej
Cuti Deepavali 2022: Masa Bersama Keluarga & Budaya Malaysia yang Mengharmonikan    Cuti Deepavali 2022 telah tiba, dan ini adalah masa yang bukan sahaja ditunggu oleh masyarakat India yang meraikannya, tetapi juga seluruh rakyat Malaysia yang menghargai budaya pelbagai kaum. Anak-anak sekolah pun bercuti dari 22 hingga 26 Oktober 2022_ satu peluang keemasan untuk berehat, luang masa bersama keluarga, dan memahami perayaan yang penuh simbolik ini.  Dalam entri kali ini, kita kongsikan bukan sekadar cerita tentang cuti, tapi juga pengajaran, nilai budaya, dan panduan berguna untuk musim perayaan ini. 1. Cuti Sekolah Oktober 2022: Rehat yang Dinanti    Setiap kali cuti sekolah bermula, ada dua golongan yang paling gembira _ anak-anak dan ibu bapa! Anak-anak gembira sebab tak perlu bangun awal pagi, manakala ibu bapa gembira sebab dapat lebih masa bersama anak-anak (walaupun mungkin pening juga nak kawal mereka di rumah).  Namun, jangan lupa _...

Go Daily App : Jana Duit Poket Secara Santai Dengan Hanya 10 Minit Sehari

Imej
Go Daily App : Jana Duit Poket Secara Santai Dengan Hanya 10 Minit Sehari  "Jika tak di pecahkan ruyung, mana kan dapat sagunya".  Pepatah melayu lama ini cukup tepat untuk mereka yang ingin mencuba menjana pendapatan secara dalam talian. Hanya mereka yang berani mencuba dan konsisten berusaha akan dapat melihat hasilnya. Tanpa keberanian, mimpi akan kekal sebagai mimpi.  Kali ini aku ingin kongsi pengalaman aku menggunakan aplikasi Go Daily _ sebuah aplikasi mudah yang boleh membantu anda menambah pendapatan harian dengan cara yang santai dan fleksibel. Apa Itu Go Daily? Go Daily ialah aplikasi mudah alih yang boleh dimuat turun melalui Google Play Store atau Apple App Store. Ia membolehkan pengguna menjana pendapatan sampingan dengan menyelesaikan tugasan harian yang ringkas seperti membaca artikel, menonton video, dan berkongsi pautan. foto contoh aplikasi Go Daily yang boleh dimuat turun di Google PlayStore  Cara Daftar dan Mula Guna: 1. Muat turun ap...

Masih Relevan Ke Jadi Penulis Blog Zaman Sekarang?

Imej
Masih Relevan Ke Jadi  Penulis Blog Zaman Sekarang?  Masih ingat tak masa cikgu tanya kat sekolah dulu, "Bila dah besar nanti,  kamu nak jadi apa?" Masa tu ada yang jawab nak jadi askar, doktor, cikgu, pelakon _ macam-macam cita-cita keluar. Tapi aku pula dengan penuh yakin jawab: "Saya nak jadi penulis, cikgu!"  Waktu tu, cita-cita bunyinya macam mudah sangat. Tapi bila dah besar, realitinya? Haa... sembilan daripada sepuluh orang tak jadi pun apa yang diaorang cakap masa kecil. Aku pun tergolong dalam golongan tu_ yang belum capai impian. Tapi... minat menulis tu tak pernah hilang. Masih ada. Cuma peluang je yang tak muncul-muncul. Jadi, soalnya sekarang: Masih Relevan ke Jadi Penulis Blog?  Jawapan ringkasnya: YA! Masih sangat relevan.  Dan kalau korang tengah berkira-kira nak jadi blogger, artikel ini memang khas untuk korang. Jom kita tengok kenapa jadi penulis blog tu masih relevan _ malah mungkin lebih penting daripada dulu! 1. Blog Masih Jadi Medium...

Bahagian 2: Mode Earn App- Benarkah Legit Atau Pun SCAM? Bukti Pembayaran

Imej
Bahagian 2: Mode Earn App- Benarkah Legit Atau Pun SCAM? Bukti Pembayaran Pengenalan  Assalamualaikum para pembaca blog AkuPunyaCerita.Com, semoga kalian sentiasa dimurahkan rezeki dan berada dalam lindungan Allah S.W.T selalu, amin. Tidak banyak yang hendak aku perkatakan di dalam posting pada kali ini. Cuma sambungan dari perkongsian yang lepas berkenaan aplikasi membuat duit online Mode Earn App .  Sambungan Dari Bahagian 1 Bagi yang belum baca review penuh tentang aplikasi Mode Earn App, anda boleh klik di sini: Rilek Dan Santai Dengar Radio Di Rumah Pun Boleh dapat Duit (Review Mode Earn App) Pengalaman Peribadi Guna Aplikasi Mode  Pada posting kali ini aku ingin berkongsi sedikit pengalaman aku membuat review tentang aplikasi Mode ini. Pada aku Mode ni mudah nak dikendalikan. Kenapa aku cakap mudah, pasal anda boleh start earning dengan hanya mendengar radio. Apa yang perlu anda lakukan hanya ambil telefon bimbit anda dan buka aplikasi Mode. Anda boleh pilih dari se...