Catatan

Pengat Special Dapur Bujang Punya Cerita

Imej
 Pengat Special Dapur Bujang Punya Cerita Keenakan Pengat: Hidangan Tradisional yang Menggoda Selera  Cerita tentang keenakan pengat ini memang tidak asing lagi bagi masyarakat Melayu terutamanya yang tinggal di Malaysia. Aroma dan rasanya yang memikat memang tidak dapat disangkal lagi, memang 'power'!!   Sajian ini sangat sesuai dijadikan sebagai juadah pencuci mulut dan amat digemari oleh masyarakat melayu, tidak kira peringkat umur dari kanak-kanak hingga orang dewasa. Bukan hanya orang Melayu sahaja yang menggemarinya, malah kaum-kaum lain juga turut menyukainya.  Setiap kali bulan Ramadhan tiba, rating juadah ini pasti melonjak naik. Di bazar, Ramadhan, pengat mudah ditemui dan sering menjadi pilihan utama. Peniaga sering 'tak menang tangan' melayani pelanggan yang pastinya akan mencari pengat ni.   Bagi aku , pengat  adalah hidangan yang sempoi dan sangat menyegarkan untuk membuka selera setelah seharian berpuasa. Ditambah pula dengan roti Gar...

Perangkap Duit: Mengapa Wang Kita Cepat Hilang?

Imej
Perangkap Duit: Mengapa Wang Kita Cepat Hilang?   Assalamualaikum.. Hai.. apa khabar semua pembaca yang aku hormati? Alhamdullilah, dengan izin Allah kita beri kesempatan sekali lagi untuk bertemu dalam entri kali ini. Segala puji hanya milik Tuhan yang Maha Esa. Aku bersyukur kerana masih diberi peluang untuk terus berkongsi dalam ruang maya ini.  Setiap hari, kita merancang hidup dengan harapan dapat mencapai kebahagiaan dan kejayaan. Namun, tanpa izin-Nya, kita tidak tahu apa yang akan terjadi. Segala-galanya terletak pada kuasa Allah_ termasuk soal jodoh, ajal, dan maut. Kita sebagai manusia hanya boleh merancang, namun keputusan akhir tetap di tangan-Nya.  Namun, jangan sesekali kita berputus asa tanpa berusaha. Usaha adalah anak tangga menuju kejayaan. Di mana Hilangnya Duit Kita?  Mari kita berhenti sejenak dan berfikir. Pernahkah anda tertanya-tanya ke mana wang gaji anda menghilang?  Setiap bulan kita bekerja keras, tetapi apabila tiba waktu gaji, tidak...

kepentingan Melindungi Alam Semulajadi Hijau: Mengapa Kita Perlu Bertindak Sekarang?

Imej
kepentingan Melindungi Alam Semulajadi Hijau: Mengapa Kita Perlu Bertindak Sekarang?  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca blog yang aku kasihi!   Semoga pembaca semua berada dalam keadaan sihat dan ceria selalu. Dalam kehidupan yang singkat ini, kita sering diingatkan untuk memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Kita tidak seharusnya membuang masa dengan perkara yang tidak mendatangkan manfaat. Aku berharap kita semua dapat menjadi insan yang memberi manfaat kepada orang lain dan menghargai setiap anugerah yang ada. Semoga niat baik ini dilimpahi rahmat. Amin! Melindungi Alam Semulajadi Hijau: Kepentingan yang Tidak Ternilai  Pernahkah anda terfikir mengapa kerajaan Malaysia membina sebuah lapangan terbang yang dikelilingi oleh kawasan hutan hijau, seperti yang ada di KLIA? Jawapannya bukan hanya untuk menyambut kedatangan pelancong dengan suasana hutan yang menenangkan, tetapi ia juga sebagai simbol komitmen negara kita dalam usaha melestarikan alam semu...

Perjalanan Aku Trading Forex Demi Mengejar Kebebasan Masa Dan Kewangan Chapter 2

Imej
Perjalanan Aku Trading Forex Demi Mengejar Kebebasan Masa Dan Kewangan Chapter 2 Hai.. kita bertemu kembali di ruangan penulisan ini. Seperti yang dijanjikan Aku akan menyambung semula kisah Perjalanan hidup Aku sebagai forex trader pemula@ newbie. Ingin aku jelaskan di sini, berkemungkinan tulisan aku ini tidak sesuai dengan selera ramai orang tetapi aku sekali lagi ingin menegaskan bahawa semua ini adalah hasil daripada pengalaman peribadi aku semata-semata. Mana yang elok tu bolehlah diambil sebagai panduan dan teladan.  Rakan Aku Masih 'Kaki Depo' Seperti dalam penulisan aku yang lepas telah aku ceritakan bagaimana kisah aku mula mengenali dunia forex trading ni. Jika korang perasan walaupun kisah rakan aku itu tidak berakhir dengan kesudahan yang baik. Maksud aku beliau sehingga kini masih menjadi seorang kaki depo yang tegar namun ianya  tidak pernah mematahkan semangat aku untuk terus mempelajari dan memahami bagaimana cara menghasilkan wang dengan forex trading ni. S...

Perjalanan Aku Trading Forex Demi Mengejar Kebebasan Masa Dan Kewangan Chapter 1

Imej
Perjalanan Aku Trading Forex Demi Mengejar Kebebasan Masa Dan Kewangan Chapter 1 Assalamualaikum Hai, para pembaca blog yang aku hargai. Apa khabar anda semua?  Aku harap semuanya sihat dan baik-baik sahaja. Kepada sesiapa yang berasa kurang sihat, bolehlah segera berjumpa dengan doktor ya. Kesihatan adalah perkara yang perlu kita jaga supaya hidup ini sentiasa ceria. Betul tak?      Alhamdullilah hari ini aku diberi kesempatan oleh Allah untuk kembali menulis di blog yang telah lama sepi ini. Walaupun sibuk dengan tugas sebagai juruwang, aku masih bersyukur kerana diberikan kudrat dan kesihatan yang baik untuk terus bekerja mencari rezeki yang halal.  Aku masih beruntung kerana ketika ekonomi negara, Malaysia, baru mula pulih selepas pandemik COVID-19, masih ramai yang kehilangan punca rezeki. Harapannya semoga mereka yang terkesan di luar sana dipermudahkan urusan mereka. Amin. Ujian Kehidupan dan Harapan  Tidak lupa juga kepada rakan-rakan ya...

Diet Duit di Hujung Bulan: Realiti atau Pilihan?

Imej
Diet Duit di Hujung Bulan: Realiti atau Pilihan? Assalamualaikum dan hai pembaca blog semua!  Setiap kali hujung bulan menjelma, satu fenomena yang sering berlaku adalah permulaan " diet duit" dalam kalangan kita. Mungkin ada yang tersenyum membaca ini kerana ia sangat dekat dengan realiti sendiri.  ðŸŸ£ Mi segera mula menjadi hidangan utama. 🟣 Air kosong jadi pilihan setiap kali makan. 🟣 Netflix dibatalkan, Grabfood diganti dengan roti gardenia dan air nescafe bancuh sendiri. 🟣 Dan dompet, hanya berisi resit-resit lama. Kenapa perkara ini berlaku setiap bulan? Jawapan paling popular: 🟣 " Nak teruskan hidup bro... harap-harap cukup mi segera sampai gaji nanti."   Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita lihat dulu kenapa fenomena"diet duit " ini berlaku. Apakah punca sebenar duit cepat habis? 1. Belanja tanpa kawalan : Tak sedar duit habis kerana belanja kecil-kecil tapi banyak. 2. Tiada perancangan kewangan : Tanpa bajet, kita tak tahu ke mana duit meng...

Panduan Lengkap Menjadi Jutawan Muda: 6 Langkah Bijak Untuk Mencapai Kejayaan Kewangan Sebelum Usia 20 Tahun

Imej
 Assalamualaikum dan selamat datang, pembaca blog! Panduan Lengkap Menjadi Jutawan Muda: 6 Langkah Bijak Untuk Mencapai Kejayaan Kewangan Sebelum Usia 20 Tahun   Menjadi Jutawan di usia muda adalah matlamat yang ambisius, tetapi dengan dedikasi, perancangan strategik, dan tindakan yang betul, ia bukanlah sesuatu yang mustahil. Banyak individu muda yang telah membuktikan bahawa mencapai kebebasan kewangan lebih awal adalah suatu pencapaian yang boleh direalisasikan.  Artikel ini, bertujuan memberi panduan praktikal tentang langkah-langkah yang boleh diambil untuk membina kekayaan dan mencapai kemakmuran kewangan sebelum usia 20 tahun. Dalam panduan ini, anda akan diterangkan dengan jelas mengenai strategi kewangan yang terbukti berkesan untuk memastikan kejayaan di usia muda. 6 Langkah Bijak Menjadi Jutawan Muda Sebelum Umur 20 Tahun  1. Menetapkan Matlamat Kewangan Yang Jelas dan Realistik    Langkah pertama dalam perjalanan menuju kejayaan kewangan ad...