Langkau ke kandungan utama

Catatan Awal Pagi #1: Renungan Dalam Kesunyian

🌅Catatan Awal Pagi #1: Renungan Dalam Kesunyian 


Jam dinding menunjukkan pukul 6.00 pagi dalam suasana rumah yang tenang
Pagi yang hening, hanya bunyi jam berdetik mengisi sunyi



Pukul 6.00 pagi. Detik jam dinding di bilik tidur aku berbunyi dengan konsisten, namun bunyinya terasa luar biasa kuat pagi ini. Kesunyian awal pagi membesarkan segala suara, termasuk yang paling halus. Sunyi yang luar biasa ini membuat aku rasa seolah-olah seluruh dunia sedang berhenti seketika_ hanya tinggal aku dan detik masa yang terus berdetik, mengingatkan aku tentang betapa cepatnya waktu berlalu. 

Sejak semalam, mata ini tidak dapat terlelap. Walaupun badan keletihan, fikiran pula tidak mahu diam. Aku tahu manusia perlukan tidur sekurang-kurangnya enam jam setiap hari untuk kekal sihat dan waras. Tetapi malam tadi, aku hanya mampu merenung ke atas, menatap siling dan berpusing di atas katil tanpa arah tujuan yang pasti, sambil cuba mencari posisi yang selesa. Hanya keluhan kecil yang mampu aku suarakan berulang kali, melepaskan segala beban perasaan yang semakin kerap mengetuk pintu sanubari. Suasana sekeliling yang gelap, sunyi, dan dingin menjadi peneman diri_ tetapi di dalam hati, ada yang lebih sejuk dan menyakitkan. Rasa penyesalan yang semakin membengkak di dalam hati.

Mak sedang demam. Badannya panas, tetapi tubuhnya menggigil. Suaranya makin perlahan, dan cara dia bercakap pun sudah tidak seperti selalu. Bila aku dan adik bertanya sesuatu, mak seperti cuba mengingat, tapi jawapannya lambat keluar _kadang-kadang tidak keluar langsung.

Ada sesuatu yang terasa tidak kena. Dan rasa kejanggalan itulah yang membuat aku berjaga malam tadi, dan terus merenung pagi ini. Bagaikan mencari sesuatu tetapi tidak pasti apakah yang sebenarnya yang dicari.

Mak bukanlah seperti orang lain. Dia adalah segala-galanya. Sejak kecil, dia yang mengajar aku membaca, menulis, berdoa. Setiap luka, setiap tangisan aku waktu kecil _ Maklah orang pertama yang datang menenangkan. Bila aku demam, mak berjaga malam. Sekarang, bila mak pula terbaring, aku mula bertanya _ sudah cukupkah aku membalas semua pengorbanannya?

Fakta memori yang dapat aku kutip daripada catatan kenangan masa lalu  _ kadang-kadang aku terkasar bahasa dengan mak. Bukan niat untuk melukai, tapi kadang-kadang kesibukan hidup buat aku hilang sabar. Ada waktu aku jawab dengan nada tinggi, ada masa aku langsung tak sempat tanya khabar. Dan sekarang, bila aku lihat mak dalam keadaan lemah, semua kenangan itu kembali menampar hati aku.

Aku pernah terbaca satu hadis, bahawa syurga itu berada di bawah telapak kaki ibu. Dan kata-kata lain juga menyebut, "Redha Allah itu bergantung kepada redha ibu." Jadi, bagaimana nasib aku kalau aku pernah membuat hati mak terguris? Layakkah aku mendapat redha itu jika aku tidak sempat memperbetulkan segala-galanya?

Kesunyian pagi ini benar-benar mengajak aku muhasabah. Aku mula terfikir, kenapa hal dunia yang terlalu aku utamakan dan kejar bagaikan tiada hari esok? Sibuk dengan kerja, dengan urusan luar dengan teman-teman, sampai aku abaikan masa bersama mak dan keluarga. Dulu aku rasa masa banyak, tapi sekarang semuanya terasa terlalu singkat. Peluang yang aku lepaskan dulu kini menjadi penyesalan yang membebankan. Sungguh!

Kalau boleh diputarkan kembali masa, aku mahu kembali ke hari-hari di mana aku boleh duduk lama berbual dengan mak. Aku mahu mendengar cerita lama yang selalu aku abaikan. Aku mahu dengar suara dia ketawa, gurau senda yang sekarang makin jarang kedengaran. Tapi masa tak kan pernah menunggu kita, kan?

Seorang ibu mendukung anak kecil sambil beratapkan mata penuh kasih sayang
Dari kecil hingga dewasa, kasih sayang seorang ibu tak pernah berubah.


Catatan ini aku tulis sebagai satu bentuk keinsafan. Aku tahu ramai di luar sana mungkin pernah lalai seperti aku. Maka ambillah sedikit masa, walau sesibuk mana pun, untuk bersama orang tua kita. Jangan tunggu sehingga semuanya terlambat. Jangan tunggu sehingga tiada lagi peluang untuk meminta maaf atau menunjukkan kasih sayang.

Aku juga mahu berubah. Aku mahu jadi anak yang bukan sahaja menyayangi dalam diam, tapi menunjukkan kasih itu dalam setiap tindakan. Masa yang ada akan lebih banyak diluangkan bersama mak, lebih banyak persoalan yang akan dijawab dengan jawapan yang lebih ikhlas , lebih banyak doa yang aku akan kirimkan buat dia. Dan aku mahu menulis lagi _ catatan seperti ini yang lahir dari hati _ agar aku sentiasa diingatkan tentang apa yang penting dalam hidup.

Mungkin tidak semua orang selesa berkongsi sisi peribadi mereka. Tapi aku percaya, kisah seperti ini boleh menjadi pengingat kepada sesiapa sahaja. Kita semua anak kepada seseorang. Dan selagi kita masih ada ibu atau ayah, jangan sia-siakan masa yang tersisa. Hargai mereka _ bukan hanya pada hari ibu, bukan hanya apabila mereka sakit, tapi setiap hari, selama mereka masih bernyawa.

Kalau anda suka catatan ini, mungkin anda akan rasa dekat dengan kisah seterusnya:

🌿 Refleksi Penulis

Kesunyian pagi hari itu mengajar saya sesuatu — bahawa kita sering hanya benar-benar mendengar suara hati bila dunia di luar sunyi. Dalam senyap itu, saya melihat betapa banyak perkara yang saya abaikan, hanya kerana terlalu sibuk mengejar sesuatu yang jauh. Catatan ini lahir sebagai peringatan kecil untuk diri sendiri, bahawa yang paling berharga kadang-kadang cuma satu panggilan, satu senyuman, atau pun satu waktu bersama insan tersayang.

Kalau anda sedang membaca ini dalam sunyi anda sendiri, semoga catatan ini menemani walau hanya seketika. Kita semua sedang belajar menjadi anak yang lebih baik, insan yang lebih tahu menghargai masa.

🌞 Nota Penulis

Terima kasih kerana membaca hingga ke sini. Catatan ini lahir pada pagi yang penuh dengan rasa bersalah, rindu, dan muhasabah diri. Jika ia menyentuh hati anda walau sedikit, saya sangat bersyukur.

Setiap pagi adalah peluang baru untuk kita menjadi lebih baik. Mari kita bersama-sama menghargai masa, keluarga, dan insan-insan yang kita sayang — sebelum segalanya hanya tinggal kenangan.

Sampai jumpa di catatan seterusnya. Jaga diri dan hati anda, selalu. 🌿

📬Jangan terlepas untuk membaca catatan seterusnya — langgan untuk terima terus di e-mel anda.

✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri

  “Kadang-kadang cinta bukan datang untuk dimiliki — tetapi untuk menguji cara kita menjaga diri.” Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri Cerita Kehidupan • Refleksi tentang rasa, batas, dan kesedaran Ada puisi yang tidak datang untuk disorak, tetapi untuk dibaca perlahan-lahan — seperti seseorang yang mengetuk pintu hati dengan jari yang sopan. Puisi begini tidak menjerit, tidak memujuk, dan tidak meminta simpati. Ia hanya menceritakan satu perkara yang paling jujur: rasa . Puisi kiriman Umi ini seakan menyebut cinta sebagai sesuatu yang hadir tanpa diduga — datang “tanpa suara atau kata”, lalu tiba-tiba memenuhi ruang dalam diri. Namun yang menjadikannya istimewa bukan sekadar rindu dan sakit yang ditulis, tetapi satu kesedaran yang matang: bila rasa itu semakin kuat, manusia perlu ingat diri . ...

Apa Saya Belajar Dari Ella Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu

Bila hati belajar, hidup pun berubah. 🎓Apa Saya Belajar Dari Ella -  Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu  Grafik Khas "Apa Saya Belajar Dari Ella"_ satu penghormatan kepada Ratu Rock Malaysia yang membuktikan bahawa menjadi pemalu juga boleh jadi luar biasa.(Bukan gambar sebenar) 📝 Nota Penulis: Ini adalah entri pertama dalam siri Apa Saya Belajar Dari.... dan saya memilih untuk mulakan dengan seseorang yang sangat istimewa di hati saya_ Ella, Ratu Rock Malaysia. Ia bukan sekadar tentang minat terhadap muzik, tetapi lebih kepada pelajaran tentang kehidupan yang saya kutip dari kehadiran dan kisah beliau sepanjang tahun. Entri ini lebih panjang daripada biasa kerana ia juga adalah surat terbuka, pengakuan, dan penghargaan kepada seorang selebriti yang secara tidak langsung telah menemani perjalanan saya dari kecil hingga dewasa. Dari Jempol ke Dinding Rumah  Saya mula mengenali Ella bukan secara langsung dari pentas besar, tetapi melalui kaca tele...

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia Battle Through The Heavens

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia  Battle Through The Heavens Simbol cinta dalam dunia pergolakan — ilustrasi Ratu Medusa dan Xiao Yan yang menggambarkan transisi dari permusuhan kepada kasih sejati. Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca!  Masih ingat lagi anime-aksi popular yang penuh debaran dan emosi, Battle Through the Heavens (BTTH)  ? Jika anda peminat dunia penuh seni bela diri, pertarungan epik, dan emosi mendalam, artikel ini ditulis khas buat anda! Kali ini kita akan menyelami sisi yang lebih peribadi dalam dunia BTTH- iaitu kisah cinta antara dua watak yang sangat berbeza latar belakang dan asal-usul, namun dipertemukan takdir: Ratu Medusa( Cai Lin) dan Xiao Yan. Bukan sekadar kisah aksi, BTTH turut menyelitkan elemen cinta yang mencengkam hati.  Bagaimana Aku Mengenali BTTH? Perkenalan aku dengan Battle Through the Heavens berlaku kira-kira kira-kira empat tahun lepas- secara ti...