Matilanak #2: Ku Basuh Luka Dengan Air Mata, Tapi Hati Tiba-Tiba Lembut Dengan Seseorang
Matilanak #2: Ku Basuh Luka Dengan Air Mata, Tapi Hati Tiba-Tiba Lembut Dengan Seseorang
Kata Pengantar:
Semua orang pasti pernah ada satu momen yang mereka tak boleh lupakan. Tapi jarang ada momen yang buat kita ketawa sendiri dan rasa malu bertahun. Ini kisah itu. Kisah seorang lone ranger pada malam raya, dan satu suara dari kejauhan yang buat hati ini tiba-tiba jadi lembut.

Malam sebelum ke Kajang, bila kawan-kawan ajak karaoke dengan pasangan masing-masing, saya scroll Smule sorang-sorang... dan tak sangka jumpa dia.
Malam tu malam terakhir saya di kampung sebelum ke Kajang. Keluarga kami nak sambut raya di sana, dan macam biasa — raya bukan sekadar makan rendang, tapi juga sesi karaoke dengan kawan-kawan. Yang tak biasanya, semua kawan saya dah berpasangan. Cuma saya sorang je yang masih single. Lone ranger. Dalam hati, saya memang dah bersedia nak jadi tukang ambil gambar pada malam tu.
Tapi sebelum tidur, entah kenapa saya rasa saya nak nyanyi satu lagu. Lagu sedih. Lagu yang kononnya boleh jadi soundtrack hati saya pada malam tu. Saya terus buka Smule. Malam tu, saya scroll lagu “Ku Basuh Luka Dengan Air Mata”, dan tanpa fikir panjang saya terus tekan butang join — saya tak buka OC dia langsung. Saya memang tak tahu siapa dia, tak tahu rupa, dan tak pernah tengok video dia. Kalau saya tekan, confirm saya akan nampak muka dia. Tapi saya tak buat. Saya cuma dengar suara dia masa lagu tu dah start keluar dalam rakaman saya.
Bila saya tekan dan dengar part nyanyian dia... saya terus terdiam. Suara dia bukan sekadar sedih — tapi sedih yang macam cuba tak bagi sedih. Faham tak? Macam seseorang yang sedang menahan tangisan, atau dia memang dah nangis tu saya tak pasti, tapi suara dia bocor sikit. Dan saya join. Saya pun tak tahu kenapa saya berani sangat malam tu. Mungkin sebab rasa sunyi tu kuat sangat kot.
Selesai sahaja sesi rakaman, saya pun tinggalkan komen. Bukan komen biasa. Bukan "thanks for the collab". Tapi komen novel cinta.
Aku tinggalkan komen tu macam hero dalam novel cinta kilat:
"Jangan sedih-sedih ek... Yang mendung akan berlalu. Pasti ada sinar mentari yang sedang mengintai peluang untuk kembali menyinari."
3 saat selepas aku tekan 'post' — aku terdiam.
“Aish... Remy’s Knight of Clumsy Sincerity strikes again...” 🫠🎤
Dia balas:
“Amboi, indahnya kata-kata. Moga adik pun sama ya.”
Dan waktu tu... aku officially tak mampu balas apa-apa. Like pun tangan aku gigil. 😳
Dan ya, aku tahu, itu sangat cringey 😂
😅🫣 Masa tekan enter, aku rasa hebat. Bila dia balas, aku rasa... bapak malu bak.
Dan.. mind you! itu merupakan komen pertama saya pada dia. First time join, tak kenal, dan tak pernah borak pun. Tapi saya pun tak pasti, kenapa saya berani tinggalkan ayat macam saya baru habis baca novel Aisya Sofea.🌧️📖🫠 Paling tak boleh blah, saya langsung tak berani reply bila dia balas komen saya.😳🥲🫥
Dia tulis: "Amboi... indahnya kata-kata. Moga adik pun sama ya."
Saya: *Like.* (Sebab jari saya je yang masih boleh bergerak masa tu. Mulut dah beku.)
Lepas Tu? Saya Malu, Bak. Bapak Malu!
Itulah kali pertama saya join OC dia. Dan juga... kali terakhir untuk tempoh yang lama. Bukannya sebab tak suka. Tapi sebab saya malu. Setiap kali dia post lagu baru, saya dengar diam-diam. Saya scroll dan scroll — tapi saya tak join. Rasa macam... guilty pleasure. Padahal lagu-lagu dia best gila.
Mungkin saya takut kalau saya join lagi, saya akan tulis komen jiwang tahap petikan novel cinta lagi. Atau mungkin... sebab saya tahu, hati saya dah terlekat sikit kat suara dia malam tu. Tak banyak, tapi cukup untuk buat saya senyap lama.
Matilanak Betul
Matilanak betul malam tu. Join OC sebab nak hiburkan diri, tapi akhirnya hati saya yang tercuit. Kadang saya fikir, kalau malam tu saya pilih OC orang lain, mungkin saya takkan ingat pun momen ni. Tapi sebab saya pilih dia — tanpa sebab yang jelas — saya masih ingat sampai sekarang. First time saya "hilang suara" bukan sebab mikrofon rosak... tapi sebab rasa yang tak bernama.
📝 Refleksi Penulis:
Ada pertemuan yang tak dirancang, tapi tetap jadi kenangan. Dan ada suara yang tak kita kenal, tapi hati kita sambut macam dah lama tunggu. Malam tu, saya tak tahu nama dia, tak tahu siapa dia, dan langsung tak tengok videonya. Saya cuma join sebab suara dia — suara yang buat saya rasa saya tak keseorangan. Tapi suara dia... buat saya rasa saya difahami. Dalam dunia yang kadang bising sangat, ada satu suara yang buat saya diam lama — dan diam saya malam tu, sebenarnya... penuh rasa.
Artikel ini bukan kisah cinta seperti yang orang selalu sangka. Ia bukan tentang suka yang dibalas, atau kisah yang akhirnya jadi pasangan. Ia tentang rasa malu yang bertukar jadi kenangan manis, dan satu pertemuan kecil yang tak pernah dilupakan.
Masa mula-mula join SmuleRoute dulu, saya masih baru. Masih tercari-cari hala tuju, suara pun masih serba tak yakin. Tapi malam tu — tanpa tahu rupa siapa, tanpa pernah tengok video dia — saya pilih untuk sambung OC seseorang yang tak pernah saya kenal. Suara dia tak kuat, tapi cukup untuk buat hati saya rasa... “aku nak cuba nyanyi sekali.”
Dan ya, mungkin itu antara keputusan paling spontan tapi paling memberi kesan yang saya pernah buat. Daripada satu komen puitis yang saya pun tak tahu datang dari mana, kepada balasan yang buat saya membeku depan skrin — semua itu jadi momen yang tak mungkin saya ulang semula, tapi saya simpan dalam bentuk cerita. Cerita yang mungkin lucu, tapi penuh rasa.
Matilanak mungkin bermula sebagai siri santai dan jenaka ringan, tapi dalam setiap jenaka itu — ada bahagian dari diri saya yang sebenar. Bahagian yang tahu bahawa manusia bukan hanya berhubung melalui suara dan lagu... tetapi juga melalui rasa yang tercetus secara tiba-tiba. Dan walaupun tak semua rasa berakhir dengan jawapan, ia tetap layak dikenang sebagai detik yang indah.
Kalau awak pernah rasa malu selepas berani buat sesuatu yang jujur — awak tak keseorangan. Saya juga pernah. Dan mungkin, masih lagi.
📚 Baca Lagi:
- Matilanak #1: Bila Join OC Dia, Tapi Suara Sendiri Pun Tak Dengar
- Dulu Saya Ingat #2: Duit Boleh Tumbuh Kalau Disiram
- Antara Cinta, Rezeki dan Takdir: Mana Satu Pilihan Kita?
- Catatan Awal Pagi #14: Knight of Clumsy Sincerity
📩 Jangan terlepas catatan baru dari Remy! Masukkan emel anda di bawah dan langgan secara percuma:
✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →
Ulasan
Catat Ulasan
Terima kasih kerana baca sampai sini. Kalau ada rasa yang sama, pengalaman serupa, atau sekadar nak tinggalkan jejak_ saya hargai sangat. Jangan segan, komen je😌