Langkau ke kandungan utama

Nota Untuk Diri Sendiri #1: Jangan Lupa Hargai Masa

Siluet tangan memegang jam loceng kecil berlatar langit senja, simbolik menghargai masa.

Hargailah masa selagi ada. Setiap saat adalah hadiah.

📌 Nota Untuk Diri Sendiri #1: Jangan Lupa Hargai Masa

Kata pengenalan siri: Siri Nota Untuk Diri Sendiri ini lahir daripada rasa ingin mengingatkan diri aku sendiri , dan juga kepada sesiapa sahaja yang membaca nota ini, bahawa hidup ini penuh dengan detik yang cepat berlalu. Ia bukan bertujuan untuk mengajar sesiapa, tetapi lebih kepada untuk berkongsi rasa — agar kita semua berhenti sekejap dan mendengar suara hati sendiri. 

Kadang kita terlalu sibuk berlari ke depan, sampai kita lupa hari ini adalah doa kita yang lama dahulu. Seringkali kita fikir waktu dan peluang itu adalah milik kita buat selamanya. Oleh sebab itu, kita selalu menangguhkan pelukan, menangguhkan permintaan maaf, dan menangguhkan untuk mengucapkan kata sayang. Kita kata, “Nanti.” Tapi masa tak pernah menunggu kita. Masa tetap berjalan tanpa menoleh ke belakang. 

Pernah tak kamu duduk sorang-sorang, dan tiba-tiba teringat: Kenapa dulu aku tak hargai masa dengan dia? Atau Kenapa aku biarkan masa berlalu tanpa buat sesuatu untuk diri aku sendiri? Kita selalu merasakan bahawa esok masih panjang. Memang benar, tapi esok itu belum tentu hadir untuk kita.

Masa sebenarnya bukanlah musuh kita. Tapi kalau kita leka, masa akan berlalu dan tinggalkan kita dengan seribu “kalau”. Setiap detik yang kita ada hari ini adalah satu peluang. Jangan biarkan rasa malas, marah, atau kecewa buat kita sia-siakan masa itu.

Mulakan hari ini. Kalau ada yang nak dipeluk, peluklah. Kalau ada yang nak diminta maaf, mintalah. Kalau ada yang nak dicapai, cuba capai. Kerana setiap saat yang kita ada sekarang — itu hadiah. Bukan hak. Dan hadiah ini boleh hilang bila-bila masa tanpa kita sedar.

Kalau kamu rasa susah sangat untuk mula menghargai masa, sentiasalah ingat: kita tak perlu menunggu hari atau pun detik istimewa. Mulakan dengan hal yang kecil terlebih dahulu. Senyum pada orang. Hantar mesej pada sahabat lama. Duduk sekejap dengan mak ayah tanpa pegang telefon. Semua itu sudah cukup untuk buat masa ini bermakna.


💭 Refleksi

Masa adalah kawan yang paling setia jika kita pandai menghargainya, dan ia boleh juga menjadi musuh yang paling senyap dan berbahaya jika kita membiarkannya berlalu begitu sahaja. Kadang-kadang, kita hanya akan mula sedar apabila semuanya sudah terlalu terlambat. Oleh itu, jangan tunggu kehilangan untuk kita mula menghargai apa yang ada di depan mata.


💌 Nota kecil untuk diri dan kamu

Remy, 

Jangan tunggu masa yang sempurna untuk menghargai masa. Setiap saat ini sudah cukup sempurna, kalau kita mahu menghargai kehadirannya.


✍️ Nota Penulis

Catatan ini hadir di malam sunyi, ketika saya mula menghitung berapa banyak masa yang sudah berlalu tanpa sempat saya syukuri. Semoga nota sederhana ini bukan hanya mengingatkan saya, tetapi juga menyentuh hati kamu yang membacanya. Dan semoga kita semua akan mula belajar untuk menghargai masa sebelum ia jadi sekadar kenangan.

Baca Nota Untuk Diri Sendiri #2 : Tentang Hati Yang Selalu Lupa

📬 Langgan blog ini untuk menerima nota-nota kecil yang mengingatkan kita tentang masa, diri dan perjalanan jiwa. 

Wow, kau tetap satu, boleh. 

✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri

  “Kadang-kadang cinta bukan datang untuk dimiliki — tetapi untuk menguji cara kita menjaga diri.” Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri Cerita Kehidupan • Refleksi tentang rasa, batas, dan kesedaran Ada puisi yang tidak datang untuk disorak, tetapi untuk dibaca perlahan-lahan — seperti seseorang yang mengetuk pintu hati dengan jari yang sopan. Puisi begini tidak menjerit, tidak memujuk, dan tidak meminta simpati. Ia hanya menceritakan satu perkara yang paling jujur: rasa . Puisi kiriman Umi ini seakan menyebut cinta sebagai sesuatu yang hadir tanpa diduga — datang “tanpa suara atau kata”, lalu tiba-tiba memenuhi ruang dalam diri. Namun yang menjadikannya istimewa bukan sekadar rindu dan sakit yang ditulis, tetapi satu kesedaran yang matang: bila rasa itu semakin kuat, manusia perlu ingat diri . ...

Apa Saya Belajar Dari Ella Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu

Bila hati belajar, hidup pun berubah. 🎓Apa Saya Belajar Dari Ella -  Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu  Grafik Khas "Apa Saya Belajar Dari Ella"_ satu penghormatan kepada Ratu Rock Malaysia yang membuktikan bahawa menjadi pemalu juga boleh jadi luar biasa.(Bukan gambar sebenar) 📝 Nota Penulis: Ini adalah entri pertama dalam siri Apa Saya Belajar Dari.... dan saya memilih untuk mulakan dengan seseorang yang sangat istimewa di hati saya_ Ella, Ratu Rock Malaysia. Ia bukan sekadar tentang minat terhadap muzik, tetapi lebih kepada pelajaran tentang kehidupan yang saya kutip dari kehadiran dan kisah beliau sepanjang tahun. Entri ini lebih panjang daripada biasa kerana ia juga adalah surat terbuka, pengakuan, dan penghargaan kepada seorang selebriti yang secara tidak langsung telah menemani perjalanan saya dari kecil hingga dewasa. Dari Jempol ke Dinding Rumah  Saya mula mengenali Ella bukan secara langsung dari pentas besar, tetapi melalui kaca tele...

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia Battle Through The Heavens

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia  Battle Through The Heavens Simbol cinta dalam dunia pergolakan — ilustrasi Ratu Medusa dan Xiao Yan yang menggambarkan transisi dari permusuhan kepada kasih sejati. Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca!  Masih ingat lagi anime-aksi popular yang penuh debaran dan emosi, Battle Through the Heavens (BTTH)  ? Jika anda peminat dunia penuh seni bela diri, pertarungan epik, dan emosi mendalam, artikel ini ditulis khas buat anda! Kali ini kita akan menyelami sisi yang lebih peribadi dalam dunia BTTH- iaitu kisah cinta antara dua watak yang sangat berbeza latar belakang dan asal-usul, namun dipertemukan takdir: Ratu Medusa( Cai Lin) dan Xiao Yan. Bukan sekadar kisah aksi, BTTH turut menyelitkan elemen cinta yang mencengkam hati.  Bagaimana Aku Mengenali BTTH? Perkenalan aku dengan Battle Through the Heavens berlaku kira-kira kira-kira empat tahun lepas- secara ti...