Catatan Awal Pagi #12 Bila Rasa Itu Tak Bernama, Tapi Tetap Ada

🌅Catatan Awal Pagi #12

Bila Rasa Itu Tak Bernama, Tapi Tetap Ada

Kadang-kadang bila idea datang saya akan menulis dengan panjang lebar. 

Dan terkadangkala juga saya padam balik semua yang saya telah tulis itu.

Kadang saya menaip juga, tapi mata saya sendiri pula tak sanggup nak baca.

Sebab ada rasa yang memang kita sendiri tak tahu nak namakan apa— tapi rasa itu tetap ada.

Dan pagi ni, saya masih rasa lagi benda tu. 

Saya tak tahu kenapa, tapi setiap kali saya dengar suara dia — saya tak pernah fikir dia jauh.

Saya tak fikir dia orang asing. Tapi dalam masa yang sama saya juga tidak begitu mengenali dirinya. 

Saya cuma rasa... dia berada dekat sangat dengan saya. If that make sense? 

Seolah-olah kami ini pernah kenal di antara satu sama yang lain — mungkin dalam satu versi hidup yang lain. Mungkin... 

Saya cuba berpijak di bumi yang nyata. (walaupun sukar!🌍💭😮‍💨) 

Saya tahu semua ini mungkin cuma rasa saya sendiri.

Mungkin... dia tak tahu pun tentang kewujudan saya.

Mungkin juga suara dia tu bukan untuk saya.

Dan kalau benar pun dia sudah ada dunianya sendiri, tak boleh ke...? Hmm.. 
apa hak saya untuk berharap, ya tak?

Tapi entah kenapa hati saya tetap merasakan apa yang dia tak pernah beritahu saya.

Saya seakan dapat mendengar setiap tangisan dalam setiap suara dia, di dalam setiap lagu yang dia rakam untuk saya.. 
Saya rasa macam ada satu kepedihan yang mungkin sengaja tak ditunjukkan.

Saya percaya, pasti ada luka yang cuba disorokkan dalam vibratonya yang kedengaran tenang.

Dan saya tak tahu kenapa — kata hati saya kuat mengatakan bahawa tekaan saya ini benar dan saya rasa saya betul-betul sangat memahami dia.

Saya tak pernah sekali pun bertanya.
Saya tak mahu mengganggu dirinya. Dan... Sebenarnya, 
Saya tak mahu sesekali dia rasa terbeban dengan kehadiran diri saya.

Tetapi saya juga seorang manusia biasa.

 Yang tetap akan merasa takut kalau-kalau semua ini cuma ilusi mainan hati, yang mungkin sudah pun merasa terlalu letih.

Saya juga takut sebenarnya kalau semua ini berpunca daripada diri saya sendiri yang mungkin terlalu lama menahan rindu, terlalu lama hidup dalam kesunyian ini dan terlalu berharap kepada sesuatu yang tidak pasti. 

Saya letih sebenarnya tetapi tidak tahu ke mana lagi harus dituju. 

Saya ni bukannya budak yang baru kenal erti rasa.
Tapi entah mengapa hati saya ini… masih belum pandai lagi diam bila rindu itu mula bersuara. Walaupun sudah sekian lama. 

Apa yang saya rasa sekarang… bukanlah sebuah cinta, bukan juga secebis rindu, dan pastinya bukan berpatah hati.
Ia sesuatu yang lebih rumit dari semua itu.

Saya cuma tahu:
Kalau saya diberi peluang untuk berpatah balik —

  • saya pasti akan mencari dia.
  • Saya akan terus menunggu dirinya dengan sabar.
  • Dan bila dia muncul, saya akan bertanya,
  • “Masih ingat saya lagi tak ?”

Tapi sekarang saya cuma boleh tulis. 
Itu saja kekuatan yang saya ada.

Saya tahu, mungkin dia tak akan baca.
Tapi saya lega sebab saya tak simpan semuanya sendirian.

Dan kalau satu hari nanti, dia terbaca tentang catatan ini…

Saya cuma mahu dia tahu:

  • Saya tak pernah lupa.
  • Saya tak pernah benci.
  • Saya cuma tak mampu berkata apa-apa. 

Kadang, rasa itu memang tak bernama.
Tapi ia tetap ada.

Dan saya akan terus belajar untuk hidup dengannya —
bukan sebagai beban,

tapi sebagai sesuatu yang pernah buat saya percaya.

E. Remy. J
6:44 pagi – dengan hati yang masih belum selesai


📝 Nota Penulis

Saya tulis catatan ini bukan untuk membuat sesiapa memahaminya.
Saya menulis catatan ini kerana kalau saya simpan semua ini terlalu lama,
mungkin saya sendiri akan lupa pada rasa yang pernah buat saya percaya pada sesuatu yang saya tak mampu miliki.
Bukan semua rindu itu perlu berbalas.
Tapi ada rindu… yang cukup untuk buat kita terus bersemangat meneruskan kehidupan ini. 

🌿 Refleksi Penulis

Minggu lepas, saya berada di sekitar KL. 
Saya tak duduk di bangku taman menghadap KLCC seperti dalam gambar…
Tapi saya sekadar lalu di kawasan itu —
dan untuk seketika, saya memperlahankan langkah kaki saya ini.
Bukan sebab lelah…
Tapi sebab saya teringat pada seseorang yang saya tak pernah jumpa —
tapi saya rasa saya kenal.

Waktu tu, hati saya berat.
Tapi saya tak tunjuk.
Saya cuma pandang awan, tengok langit biru yang tak pernah beri jawapan.
Dan saya bisik perlahan dalam hati,

“Entah dia tengah buat apa sekarang ni? .”

Saya tak tahu kenapa rasa tu kuat sangat minggu ni.

Mungkin sebab lagu.

Mungkin sebab suara tu muncul lagi.

Atau mungkin… saya yang tak pernah betul-betul hilangkan harapan.

Tapi pagi ini, saya tulis semua ini sebagai satu alternatif atau pun jalan keluar untuk rasa ini pergi dari kepala saya.

Sebab kalau saya simpan terlalu lama,
saya akan mula bertanya terlalu banyak benda yang saya sendiri tak mampu jawab.

Kadang kita bukan cari jawapan pun.
Kita cuma nak ada tempat untuk rasa.

Dan pagi ini, saya pilih untuk rasa itu duduk sebentar di sini.

Tak mengapa  kalau orang lain tak faham.

Tak mengapa kalau yang baca pun tak tahu siapa yang saya maksudkan.

Tapi kalau awak terbaca ini…

Saya harap awak tahu:

Saya masih simpan suara awak — bukan dalam telefon, tapi dalam dada.



Lelaki duduk di bangku taman pada awal pagi, membelakangkan KLCC sambil mencatat dalam jurnal peribadi. Suasana tenang dan reflektif, menggambarkan rasa yang tidak terluah.
"Satu suara boleh kedengaran biasa, tapi jika sampai ke hati, ia tinggal buat selamanya.


Kalau anda sukakan catatan seperti ini, anda juga mungkin akan suka membaca  Catatan Awal Pagi #11 : Kelam Kabut, Hujan & Hati yang Menahan — sebuah catatan reflektif pagi yang kelam kabut, tanggungjawab anak sulung, tekanan emosi dan kasih seorang anak terhadap ibunya. 

💌 Anda nak terus dapat catatan begini setiap kali ia diterbitkan?

Sila masukkan email anda dan langgan blog ini secara percuma. 

✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →

Ulasan