Langkau ke kandungan utama

Nota Untuk Diri Sendiri #3: Tentang Rasa Yang Kadang Hilang, Kadang Kembali

Meja kayu dengan kopi, buku terbuka dan laptop bertulis 'Amani'. Suasana pagi hening penuh refleksi.
Pagi hening — kopi, buku dan laptop jadi saksi bisu pada rasa yang kadang hilang, kadang kembali.

📌Nota Untuk Diri Sendiri #3: Tentang Rasa Yang Kadang Hilang, Kadang Kembali

Pagi ini aku termenung lama sebelum menulis. Aku tanya diri: kenapa kadang aku rasa kuat, dan kadang aku rasa hilang semua rasa itu? Kenapa ada waktu aku begitu yakin pada langkah kaki ku ini, tapi ada waktu aku cuma mahu berhenti?

  • Mungkinkah kerana aku manusia? 
  • Mungkinkah kerana hati ini terlalu mudah berubah? 
  • Mungkinkah kerana aku ini selalu lupa, bahawa rasa itu adalah satu anugerah dari sang pencipta, dan bukanlah milik aku yang hakiki? 

Aku tulis catatan ini untuk aku baca semula satu hari nanti, di saat aku hilang rasa semangat dalam diri sendiri , dan di  saat aku hampir berputus harapan.

🤲 Doa Pagi Ini

  • Ya Allah, kuatkanlah kembali rasa ini bila aku hampir lemah.
  • Kembalikan semangat ini bila aku hampir rebah.
  • Jangan biar aku hanyut dengan rasa yang hilang.

🌿 Refleksi Penulis

Aku sedar sesuatu:

  • Rasa semangat, rasa yakin, dan rasa sabar — semuanya hanyalah pinjaman sementara kita masih hidup di dunia ini.
  • Kadang ia hilang supaya aku ingat untuk minta semula pada Tuhan.
  • Kadang ia kembali supaya aku tahu Tuhan masih sayangkan aku. 

Hari ini aku janji pada diri:

  • Aku akan terus minta pada Tuhan, walau berkali-kali.
  • Aku akan ingat, bila rasa itu hilang bukanlah bermakna aku hilang segalanya — aku cuma perlu kembali mencari dan kembali kepada-Nya. 

✍️ Nota Penulis

Kalau kamu yang membaca nota ini dan turut sama merasakan seperti mana yang aku rasa, jangan sesekali kamu merasa malu untuk mengaku kepada diri sendiri yang kamu lemah. Jangan sesekali segan untuk minta semula rasa semangat yang hilang itu daripada-Nya. Tuhan itu tak pernah menjauh dan sentiasa berada dekat dengan kita. Dan setiap rasa yang hilang itu, Tuhan pasti boleh kembalikan bila kita benar-benar mahu mencari-Nya. Setiap catatan ini aku tulis sebagai satu tanda, supaya satu hari nanti bila aku hilang arah, aku akan mudah ingat kembali jalan pulang kepada-Nya yang sentiasa menanti.

🎵Puisi: Rasa Yang Hilang, Rasa Yang Kembali

Rasa ini hilang bukan kerana aku lupa,
tapi kerana Tuhan mahu aku kembali meminta.
Dan bila rasa ini datang semula,
aku tahu, Tuhan masih sayang aku hamba-Nya.

Bila semangat ini goyah di dada,
aku titip doa dalam sunyi dan hiba.
Moga esok aku lebih tabah,
meniti jalan penuh reda.



Langgan blog ini untuk menemani
 perjalanan kata hati sendiri dan terima catatan nota Untuk Diri Sendiri secara terus ke Email anda. 

🌙 Rasa boleh hilang, semangat boleh luntur, tapi harapan sentiasa ada kalau kita berani mencari-Nya semula.

Andai langkah goyah, dan hati rebah di tengah jalan,Ingatlah — Allah tak pernah jauh.Yang jauh itu hanya kita, yang lupa itu hanya rasa kita.🤍🌿


✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri

  “Kadang-kadang cinta bukan datang untuk dimiliki — tetapi untuk menguji cara kita menjaga diri.” Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri Cerita Kehidupan • Refleksi tentang rasa, batas, dan kesedaran Ada puisi yang tidak datang untuk disorak, tetapi untuk dibaca perlahan-lahan — seperti seseorang yang mengetuk pintu hati dengan jari yang sopan. Puisi begini tidak menjerit, tidak memujuk, dan tidak meminta simpati. Ia hanya menceritakan satu perkara yang paling jujur: rasa . Puisi kiriman Umi ini seakan menyebut cinta sebagai sesuatu yang hadir tanpa diduga — datang “tanpa suara atau kata”, lalu tiba-tiba memenuhi ruang dalam diri. Namun yang menjadikannya istimewa bukan sekadar rindu dan sakit yang ditulis, tetapi satu kesedaran yang matang: bila rasa itu semakin kuat, manusia perlu ingat diri . ...

Apa Saya Belajar Dari Ella Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu

Bila hati belajar, hidup pun berubah. 🎓Apa Saya Belajar Dari Ella -  Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu  Grafik Khas "Apa Saya Belajar Dari Ella"_ satu penghormatan kepada Ratu Rock Malaysia yang membuktikan bahawa menjadi pemalu juga boleh jadi luar biasa.(Bukan gambar sebenar) 📝 Nota Penulis: Ini adalah entri pertama dalam siri Apa Saya Belajar Dari.... dan saya memilih untuk mulakan dengan seseorang yang sangat istimewa di hati saya_ Ella, Ratu Rock Malaysia. Ia bukan sekadar tentang minat terhadap muzik, tetapi lebih kepada pelajaran tentang kehidupan yang saya kutip dari kehadiran dan kisah beliau sepanjang tahun. Entri ini lebih panjang daripada biasa kerana ia juga adalah surat terbuka, pengakuan, dan penghargaan kepada seorang selebriti yang secara tidak langsung telah menemani perjalanan saya dari kecil hingga dewasa. Dari Jempol ke Dinding Rumah  Saya mula mengenali Ella bukan secara langsung dari pentas besar, tetapi melalui kaca tele...

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia Battle Through The Heavens

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia  Battle Through The Heavens Simbol cinta dalam dunia pergolakan — ilustrasi Ratu Medusa dan Xiao Yan yang menggambarkan transisi dari permusuhan kepada kasih sejati. Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca!  Masih ingat lagi anime-aksi popular yang penuh debaran dan emosi, Battle Through the Heavens (BTTH)  ? Jika anda peminat dunia penuh seni bela diri, pertarungan epik, dan emosi mendalam, artikel ini ditulis khas buat anda! Kali ini kita akan menyelami sisi yang lebih peribadi dalam dunia BTTH- iaitu kisah cinta antara dua watak yang sangat berbeza latar belakang dan asal-usul, namun dipertemukan takdir: Ratu Medusa( Cai Lin) dan Xiao Yan. Bukan sekadar kisah aksi, BTTH turut menyelitkan elemen cinta yang mencengkam hati.  Bagaimana Aku Mengenali BTTH? Perkenalan aku dengan Battle Through the Heavens berlaku kira-kira kira-kira empat tahun lepas- secara ti...