Langkau ke kandungan utama

Catatan Awal Pagi #14: Knight of Clumsy Sincerity

Ilustrasi digital seorang kesatria berpakaian sederhana, berdiri dalam kabus pagi, membawa hati bercahaya.
Knight of Clumsy Sincerity — langkahku mungkin kekok, tapi niatku sentiasa jujur

Catatan Awal Pagi #14: Knight of Clumsy Sincerity

Dalam dunia yang penuh dengan kata-kata manis dan permainan indah, aku hadir sebagai kesatria kecil dengan kejujuran yang kekok. Bukan untuk menawan sesiapa, cuma mahu jadi diri aku sendiri, tanpa berlebih-lebih.

Setiap pagi aku selalu duduk sendirian, merenung langit yang sama, dan aku selalu bertanya pada diri sendiri:

  • Kenapa aku begini?
  • Kenapa aku tak pandai tarik perhatian orang?
  • Kenapa aku tak pandai bermain dengan kata-kata manis supaya aku disenangi ramai?

Kadang bila aku lihat di sekeliling aku — ada orang yang pandai berkata-kata, pandai mengatur ayat, dan setiap kali dia bersuara, orang lain akan mendengar. Setiap kali dia menulis, orang akan membaca dan merasa kagum.

Aku? Aku cuma menulis dengan hati. Aku bercakap dengan rasa. Aku hadir dengan jujur — tapi seringkali aku sendiri yang tersipu, terasa kekok, dan terasa canggung.

Kerana aku ini bukan pahlawan kata-kata manis. Aku ini cuma seorang Knight of Clumsy Sincerity — kesatria yang kekok, tapi sentiasa hadir dengan hati yang benar.

Seorang Kesatria Yang Tak Hebat Dalam Kata, Tapi Benar Dalam Rasa


Aku selalu cuba menulis komen yang baik, dan selalu cuba beri kata pujian yang sopan. Tapi aku sendiri malu selepas itu, takut disalah anggap, takut orang baca dan rasa aku ni pelik atau lebih-lebih.

Padahal dalam hati aku cuma ada satu sahaja niat: aku nak menghargai orang itu dengan jujur. Nak beri kata-kata baik supaya orang itu tahu yang aku sangat menghargai usaha dia.

Aku ini memang clumsy — kata-kata aku kadang-kadang tak tersusun. Nada aku kadang tak seindah kata-kata orang. Langkah aku selalu teragak-agak. Tapi dalam hati aku ini cuma mahu beri rasa yang sebenar. Aku tak datang untuk memancing perhatian, apatah lagi mencari suka di mata sesiapa. Serius. 

Kenapa Aku Kekok?

Aku memang tak pandai bermain kata, jauh sekali bersandiwara hanya untuk disenangi. Kerana aku memang tak tahu cara “bermain” di dunia ini.

Dan aku perasan setiap kali aku berlaku jujur dengan orang di sekeliling ku, aku rasa diri aku ini semakin jauh pula dari mereka. Mungkin sebab kebanyakan orang sudah terbiasa dengan kata-kata yang manis. Dan mereka juga sudah terbiasa dengan kata-kata indah yang pandai menawan hati.

Dan aku sedar — mungkin kerana kejujuran aku, dalam dunia yang penuh permainan ini, membuatkan aku masih sendiri hingga kini. Mungkin juga buat aku kelihatan aneh. Tapi aku tetap pilih untuk menjadi diri aku. Aku tetap memilih untuk menjadi Knight of Clumsy Sincerity.

Refleksi Penulis

Mungkin ada yang baca tulisan ini dan rasa aku lemah. Mungkin pada pandangan dunia, aku ini hanya insan biasa, yang tak pernah hebat bermain kata. Tapi aku mahu kamu tahu — aku tulis ini bukan untuk meraih simpati.

Aku tulis ini kerana aku mahu kita semua tahu: dalam dunia yang penuh suara yang kuat, masih ada jiwa-jiwa yang suaranya perlahan tapi benar. Dalam dunia yang penuh dengan kata-kata indah, masih ada kata yang kekok tapi tulus.

Dan aku percaya — walau langkah aku kekok, walau kata-kata aku sederhana, suatu hari nanti akan ada hati yang akan mendengar, dan ada hati yang akan memahami.

Kalau kamu juga pernah rasa seperti apa yang aku rasa — selalu terasa canggung apabila cuba jujur, selalu terasa sendiri kerana terlalu benar dalam rasa, selalu terasa pelik jangan bersedih kerana  Aku juga tak pandai bermain dengan kata manis — dan aku percaya itu tak salah.Kita cuma kesatria yang berjalan di atas medan kejujuran — walaupun langkah kita kekok, dan walaupun kita masih sendiri.

✍️ Nota Penulis

Catatan ini aku tulis sebagai saksi untuk diriku sendiri — agar satu hari nanti aku ingat: aku pernah pilih kejujuran daripada permainan. Aku pernah pilih jadi diri aku sendiri walau aku malu, walau aku canggung, dan walau aku sendiri.

Aku tulis ini juga buat sesiapa yang membaca; biar kamu tahu, kamu tidak sendirian. Kalau kamu pun rasa kamu mungkin seorang Knight of Clumsy Sincerity, berjalanlah dengan penuh yakin — kerana kita semua ada di medan yang sama.

Dan aku percaya, dalam dunia ini, kejujuran mungkin berjalan agak lambat untuk diterima, tapi percayalah ia akan sampai ke hati yang layak, pada masa yang tepat.

Penutup

Dan di hujung pagi ini, aku temui satu hakikat kecil, yang aku sering terlepas pandang. Bukan semua orang lahir untuk menawan dunia dengan kata-kata manis. Bukan semua orang lahir untuk jadi pusat perhatian. Dan bukan semua orang tahu bermain dengan kata, tapi mereka tahu memberi dengan hati yang benar.

Aku lahir untuk jadi seorang yang hadir dengan penuh rasa, walaupun kekok. Aku lahir untuk jadi yang datang dengan niat yang bersih, walaupun kadang aku rasa malu dengan diri sendiri.

Dan aku fikir aku tak perlu berubah untuk jadi selain daripada diri aku sendiri. Hanya kerana nak senang kan hati orang dan jadi people's pleaser setiap waktu. Aku akan terus berjalan sebagai seorang Knight of Clumsy Sincerity — seorang kesatria kecil yang berjalan perlahan, tapi jujur dalam setiap langkahnya.

Kalau kamu juga begitu, jangan pernah merasa malu. Jangan pernah rasa bersalah. Kerana dunia ini masih perlukan orang-orang seperti kita, orang-orang yang hadir bukan dengan permainan, tapi dengan hati.

🌿 Kata akhir untuk kamu yang senasib:
Jangan pernah malu kerana kamu jujur. Jangan tunduk kerana kamu kekok. Kejujuran itu lambat sampai, tapi bila sampai, ia akan temui jiwa yang paling layak untuk menyambutnya. Teruslah berjalan, walaupun perlahan. 🌙


Baca Juga:

🌿 Suka catatan ini?
Langgan blog Remy untuk terus bersama tulisan penuh jiwa dan rasa.

✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri

  “Kadang-kadang cinta bukan datang untuk dimiliki — tetapi untuk menguji cara kita menjaga diri.” Apa Itu Cinta, Bila Kita Perlu Ingat Diri Cerita Kehidupan • Refleksi tentang rasa, batas, dan kesedaran Ada puisi yang tidak datang untuk disorak, tetapi untuk dibaca perlahan-lahan — seperti seseorang yang mengetuk pintu hati dengan jari yang sopan. Puisi begini tidak menjerit, tidak memujuk, dan tidak meminta simpati. Ia hanya menceritakan satu perkara yang paling jujur: rasa . Puisi kiriman Umi ini seakan menyebut cinta sebagai sesuatu yang hadir tanpa diduga — datang “tanpa suara atau kata”, lalu tiba-tiba memenuhi ruang dalam diri. Namun yang menjadikannya istimewa bukan sekadar rindu dan sakit yang ditulis, tetapi satu kesedaran yang matang: bila rasa itu semakin kuat, manusia perlu ingat diri . ...

Apa Saya Belajar Dari Ella Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu

Bila hati belajar, hidup pun berubah. 🎓Apa Saya Belajar Dari Ella -  Edisi Khas: Ratu Rock dan Hati Yang Pemalu  Grafik Khas "Apa Saya Belajar Dari Ella"_ satu penghormatan kepada Ratu Rock Malaysia yang membuktikan bahawa menjadi pemalu juga boleh jadi luar biasa.(Bukan gambar sebenar) 📝 Nota Penulis: Ini adalah entri pertama dalam siri Apa Saya Belajar Dari.... dan saya memilih untuk mulakan dengan seseorang yang sangat istimewa di hati saya_ Ella, Ratu Rock Malaysia. Ia bukan sekadar tentang minat terhadap muzik, tetapi lebih kepada pelajaran tentang kehidupan yang saya kutip dari kehadiran dan kisah beliau sepanjang tahun. Entri ini lebih panjang daripada biasa kerana ia juga adalah surat terbuka, pengakuan, dan penghargaan kepada seorang selebriti yang secara tidak langsung telah menemani perjalanan saya dari kecil hingga dewasa. Dari Jempol ke Dinding Rumah  Saya mula mengenali Ella bukan secara langsung dari pentas besar, tetapi melalui kaca tele...

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia Battle Through The Heavens

Dari Bisa ke Cinta: Kisah Romantis Ratu Medusa dan Xiao Yan dalam Dunia  Battle Through The Heavens Simbol cinta dalam dunia pergolakan — ilustrasi Ratu Medusa dan Xiao Yan yang menggambarkan transisi dari permusuhan kepada kasih sejati. Assalammualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca!  Masih ingat lagi anime-aksi popular yang penuh debaran dan emosi, Battle Through the Heavens (BTTH)  ? Jika anda peminat dunia penuh seni bela diri, pertarungan epik, dan emosi mendalam, artikel ini ditulis khas buat anda! Kali ini kita akan menyelami sisi yang lebih peribadi dalam dunia BTTH- iaitu kisah cinta antara dua watak yang sangat berbeza latar belakang dan asal-usul, namun dipertemukan takdir: Ratu Medusa( Cai Lin) dan Xiao Yan. Bukan sekadar kisah aksi, BTTH turut menyelitkan elemen cinta yang mencengkam hati.  Bagaimana Aku Mengenali BTTH? Perkenalan aku dengan Battle Through the Heavens berlaku kira-kira kira-kira empat tahun lepas- secara ti...