Dunia Buku #4: Membaca Tak Perlu Lama, Tak Perlu Banyak - Cukup Sedikit Tapi Berkesan

Dunia Buku #4: Membaca Tak Perlu Lama, Tak Perlu Banyak - Cukup Sedikit Tapi Berkesan 

Dunia Buku — Bukan sekadar tentang apa yang dibaca, tetapi apa yang ditinggalkan di hati.

📝Nota Penulis:
Artikel ini ditulis khas untuk anda yang selalu berkata, 
"Aku nak membaca... tapi tak ada masa lah."

(Jangan risau, saya pun pernah cakap benda yang sama sambil scroll TikTok sejam😅)

Bukan semua orang ada masa nak baca buku yang tebal macam kamus kan, atau pun duduk depan tingkap sambil pegang secawan kopi dan novel 500 muka surat. Tapi itu tak bermaksud kita tak boleh membaca langsung.

Kadang-kadang satu ayat pendek pun boleh bagi tamparan yang lembut ke hati. Kadang-kadang satu petikan juga boleh bagi semangat nak bangkit semula_ walaupun hanya seminit sebelum kita kembali sambung layan drama.
 Jadi, kalau anda rasa membaca itu susah nak mula, saya tulis artikel ini khas untuk anda. Bacalah perlahan-lahan. Tak perlu habis dalam sekali duduk. Yang penting_ baca sikit pun tak apa, janji baca.


Seorang wanita muda duduk santai membaca buku nipis di tangga rumah yang tenang, dikelilingi cahaya pagi dan kehijauan — simbol kedamaian dan kekuatan membaca walau sedikit.
Kadang-kadang, satu ayat dari buku kecil sudah cukup untuk beri makna besar — dan ketenangan dalam hari yang sibuk.



"Saya nak membaca, tapi takde masa lah."

Itu adalah antara ayat yang paling kerap aku dengar daripada rakan-rakan, kenalan, malah pembaca blog ini sendiri. Memang tidak dinafikan ada sedikit kebenaran dengan alasan yang diberikan. Ini kerana dalam dunia hari ini yang semakin sibuk_ pagi pergi kerja, petang balik kerja jem pula, dan malam apabila balik rumah pula perlu uruskan keluarga _ membaca nampaknya bukan lagi menjadi satu keutamaan.

Tapi... benarkah kita perlukan masa yang panjang untuk membaca? 

Saya tak fikir begitu.

1. Membaca Itu Bukan Sekadar Tentang Buku Tebal

Orang sering bayangkan membaca adalah  satu aktiviti yang "besar". Buku haruslah ada ratusan muka surat, kajian ilmiah, atau novel bersiri yang perlukan komitmen.

Padahal, membaca boleh jadi satu perkara yang kecil_  memadai sekadar satu perenggan pendek yang mampu mengubah cara kita melihat dunia. Mungkin hanya satu ayat yang memberi ketenangan, menyuntik semangat, atau membuat kita berfikir panjang.

Contohnya, saya pernah terbaca satu ayat dari sebuah buku motivasi:

"Berhenti tunggu waktu yang sempurna. Buat saja, walau separuh yakin."

Ayat itu hanya 10 patah perkataan. Tapi, kesannya? Ia menjadi mantera saya dalam memulakan projek, blog ini termasuk.

2. Kenapa Kita Rasa Tak Ada Masa?

Jawapan mudah: kerana kita sangka membaca itu perlu 30 minit hingga sejam sehari.

Tapi mari kita jujur_ dalam sehari, kita scroll media sosial lebih 1 jam tanpa sedar. Kita baca status, komen, berita viral_ tapi tak anggap itu "membaca".

Percayalah apa yang kita lakukan di media sosial itu sebenarnya masih dikategorikan sebagai membaca,cuma nilai bacaanya sahaja yang terkadang kala kurang bermutu. Lebih gosip daripada fakta. Jadi, bagaimana kalau kita ubah sedikit cara fikir:

"Aku tak cukup masa untuk membaca."

Kepada:

"Aku boleh luangkan 3 minit untuk satu artikel pendek yang beri inspirasi."


3. Membaca Dengan Cara Kita Sendiri 

Tidak semua orang sesuai dengan buku fizikal. Ada orang yang lebih suka baca e-book, artikel blog, atau petikan pendek di Instagram. Ada juga yang suka dengar buku audio.

Yang penting bukan formatnya_ tapi nilai yang kita dapat daripada bahan bacaan itu.

Saya sendiri banyak membaca melalui:

  • Buku fizikal di waktu pagi sebelum mulakan hari 

  • Artikel blog dalam telefon ketika menunggu giliran di bank

  • Petikan mini di Pinterest atau Twitter (yang kadang-kadang lebih bermakna dari satu bab buku), serius!

Tiada cara yang"lebih betul" daripada yang lain. Apa yang penting, kita membaca sesuatu setiap hari, walaupun sedikit.


4. Apa Kesan Membaca Walaupun Sedikit?

Mungkin anda fikir membaca satu petikan sehari itu terlalu kecil. Tapi bayangkan begini:

  • 1 petikan = 30 saat 

  • 1 hari = 1 petikan 

  • 30 hari = 30 petikan 

30 petikan yang menyentuh hati, membuka minda, memberi idea_ adakah itu sia-sia?

Saya pernah menyimpan satu petikan dari buku Paulo Coelho dalam dompet selama bertahun:

"Don't forget: beautiful sunsets need cloudy skies."

Ayat itu bantu saya melalui waktu susah, tanpa perlu membaca keseluruhan buku The Valkyries pun.


5. Bagaimana Mahu Mula?

Jika anda benar-benar ingin membaca tapi memang tak tahu nak mula daripada mana, anda seharusnya: 

  1. Tetapkan matlamat kecil, contohnya baca 1 petikan sehari.
  2. Simpan satu aplikasi ringkas seperti Pocket atau Notion di dalam telefon anda. Bila anda jumpa sahaja ayat yang menarik, segera simpan dan anda baca semula bila sempat.
  3. Ikuti akaun Instagram, blog atau Twitter yang kerap kongsi petikan buku. Jadikan ia sebagai aktiviti selingan semasa anda sedang scroll media sosial anda. 
  4. Letak buku nipis atau koleksi sajak pendek di meja kerja atau tandas. Ya, tandas pun boleh jadi tempat membaca santai? Cuba try dulu..
  5. Buat 'library' mini dalam telefon anda. Tak perlu terlalu tebal, cukup dengan buku puisi, motivasi, atau koleksi cerpen.

6. Jangan Malu Baca Buku Ringkas 

Tiada bacaan yang "rendah' jika ia mampu menyentuh hati dan membantu perkembangan diri. Ramai penulis hebat yang bermula dengan membaca komik. Ramai pemikir besar pun jatuh cinta dengan dunia kata melalui buku-buku nipis yang ringkas.

Saya juga mula jatuh cinta dengan dunia membaca bukan melalui novel klasik, tapi melalui buku motivasi kecil yang dibeli dari pasar malam.

Oleh itu jangan sesekali merasa malu dengan buku yang anda pilih biarpun ianya hanya buku-buku cerita dongeng.

7. Membaca Itu Ruang Untuk Bernafas 

Dalam hidup yang padat sekarang ini, membaca adalah satu bentuk berehat. Ia bukan satu lagi"kerja" yang perlu ditandakan sebagai tugas harian.

Dan ruang itu, tidak perlu besar pun. Cukup sekadar satu ruang yang kecil tapi penuh bermakna.

🌿 “Membaca bukan tentang mencari masa, tapi tentang memberi ruang. Ruang kecil dalam hati yang ingin diisi, walau hanya dengan satu ayat yang bermakna.”



Penutup:

Membaca bukan tentang berapa tebal buku yang kita khatam kan setiap kali, tetapi tentang bagaimana satu ayat boleh mengubah arah hidup kita.

Mulakan dengan satu petikan, satu perenggan dan kemudian satu minit.

Dan biarkan ia berkembang menjadi sebuah rutin kecil yang menyuburkan jiwa.


📌 Jika artikel ini membantu dan memberikan manfaat kepada anda, sila lah kongsikan artikel ini dengan rakan dan keluarga . Mana tahu mereka pun menyimpan hasrat untuk membaca?  Dan jika anda ada sebarang petikan buku yang pernah mengubah hidup anda, bolehlah berkongsi dengan saya. Tinggalkan petikan itu di ruangan komen di bawah atau anda juga boleh hantar melalui emel: 
➡️ klikakupunyacerita@gmail.com 🌿


📌 Dan jika anda baru sahaja mengikuti siri Dunia Buku ini,selamat datang dan pastikan anda tidak melepaskan peluang untuk membaca kesemua artikel yang berada di dalam siri ini. Langgan blog ini untuk menerima artikel-artikel reflektif dalam Siri Dunia Buku ini terus ke Email anda. 



🧩Siri Dunia Buku

Terima kasih kerana membaca hingga ke hujung sini. Jumpa lagi di entri seterusnya. 

✍️ Ditulis oleh Eamyz Remy Jalal — seorang penulis bebas yang menulis dari hati, tentang hidup, rasa dan cerita kecil yang ada makna.
Kenali Remy lebih lanjut →

Ulasan

  1. Saya suka kata Ella dalam jilid akhir " Rockers juga manusia.. 🤟

    BalasPadam
  2. Hahaha.. sama la kita! Ni mesti dah baca buku Ella kan? Rockers juga manusia.. terbaik.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Terima kasih kerana baca sampai sini. Kalau ada rasa yang sama, pengalaman serupa, atau sekadar nak tinggalkan jejak_ saya hargai sangat. Jangan segan, komen je😌